Monday, October 18, 2010

Apa LNG tu?


Kerjaya Ku,




LNG (Liquified Natural Gas) adalah gas asli (Natural gas) yang telah dicairkan dengan menyejukan ke paras suhu -160 darjah celcius (dibawah paras beku). Kenapa perlu dicairkan? Ini kerana dalam keadaan cair isipadunya akan berkurangan sehingga 600 kali (LNG 1/600 Natural Gas) berbanding ia dalam keadaan gas/wap. Ini akan membuat ia lebih praktikal untuk di angkut dengan kapal.

  

Sifat & Ciri-cirinya

Kandungan biasanya hampir 95% adalah Metana (CH4) dengan 5% lagi terdiri Etana (C2H6), Propana (C3H8), Butana (C4H10) & Nitrogen. Tidak berwarna, tidak berbau, tidak beracun, non-carcinogenic (tidak menyebabkan kanser). Keadaan Cecair kepadatan lebih kurang 45% kepadatan Air, keadaan Gas kepadatan lebih kurang 50% dari kepadatan udara, ini menyebabkan ia akan naik keudara atas dalam keadaan atmosfera biasa (lebih ringan dari udara). Ia dapat di simpan dan di angkut dalam tekanan atmosfera biasa.



Persamaan Kimia (Pembakaran).

CH4(g) + 2 O2(g) → CO2(g) + 2 H2O(l) + 891 kJ/mol (pada keadaan standard), (g) dlm keadaan Gas, (l) dlm keadaan cecair.



Dimana ia digunakan?

Dalam industri, Metana/gas asli banyak digunakan dalam penjanaan elektik. Ianya digunakan sebagai bahan bakar untuk gas turbin atau dandang stim (steam boiler) untuk stesen penjana elektrik. Ini kerana jika di bandingkan dengan bahan bakar lain, Metana menghasilkan rendah karbon dioksidanya tetapi menghasil haba/tenaga yang lebih tinggi daripada bahan bakar yang lain. Kebanyakan Bandar-bandar besar juga menggunakan metana dengan menyalurkan melalui paip ke rumah-rumah untuk pemanasan (heater) atau untuk dapur masak. Metana juga digunakan oleh kebanyakan kenderaan pengangkutan awan, kerana ianya lebih mesra alam. Serta banyak lagi terutama dalam industi kimia contonh dalam penghasilan methanol, asid acetic dan lain-lain lagi.



Apa beza LNG & LPG?

Seringkali ada yang keliru antara LNG dengan LPG (Liquidfied Petroleum Gas), atau petroleum gas. Kandungan LPG terdiri daripada 95% Propana (C3H8) dan selebihnya terdiri dari Butana (C4H10). Ia biasanya digunakan untuk aplikasi perumahan (tong gas masak) dan tujuan komersial. LPG disimpan cair dalam tong pada tekanan tinggi dan berbeza dengan LNG yang di simpana dalam keadaan suhu yang sangat rendah dana pada tempat yang memepunyai material yang sangat berbeza/special dan pada standard yang tinggi.

Tahukah anda?
Sebuah Plant LNG/terminal LNG yang terletak di Bintulu, Sarawak adalah antara yang terbesar di dunia. Ditubuhkan pada 1978, dan Petronas adalah pemengang saham utama. Kebanyakan LNG Bintulu, adalah untuk tujuan eksport seperti ke Jepun, Korea Selatan, Taiwan & China. Pada tahun 2005, jumlah eksport adalah sebanyak 21.85 juta tan.




LNG carrier, apa pula tu?

LNG Carrier atau pengangkut LNG adalah pengangkut LNG dalam keadaan pukal (kuantiti yang banyak), dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Biasanya terdiri dari kapal laut yang direka khusus dan perlulah memenuhi standard antarabangsa antaranya SIGTTO (International Gas Tanker and Terminal Operators).

Ini akan di jelas dengan lebih lanjut pada penulisan akan datang, insyallah.


Sekian, semoga bermanfaat.

Rujukan: Pelbagai sumber. 

No comments:

Post a Comment