Sunday, May 22, 2011

Sepuluh kategori Solat

  1. Seseorang yang telah mengucapkan Dua Kalimah Syahadah dan mengaku Islam, tetapi engkar bahkan tidak pernah langsung mendirikan Solat sepanjang hayat.
  2. Seseorang yang Solat bermusim 2 kali setahun, iaitu Hari Raya Syawal dan Hari Raya Korban itupun kerana mengikut majoriti ramai orang pergi Solat di Masjid. Teramat besar kerugian bagi golongan ini meninggalkan yang fardu, tetapi mengamalkan yang sunat.
  3. Orang Islam yang Solat kadang-kadang atau sekali sekala ikut sedap sendiri sekadar mengikut hawa nafsu. Juga sentiasa kerugian bagi golongan ini.
  4. Seseorang yang mempunyai ilmu lahiriah, tanpa ilmu batiniah mengerjakan Solat. Solatnya kosong seperti ada jasad tanpa roh.
  5. Seseorang yang cukup Solatnya 5 waktu berilmu lahiriah serta batiniah, tetapi masih dalam kategori lalai lahir dan batin.
  6. Seseorang yang cukup Solatnya 5 waktu berilmu lahiriah serta batiniah, tetapi masih dalam kategori khusyuk lahir tapi lalai batin.
  7. Seseorang yang cukup Solatnya 5 waktu berilmu lahiriah serta batiniah serta khusyuk lahir batin, tetapi masih belum berasa nikmat kesedapan beribadah.
  8. Seseorang yang cukup Solatnya 5 waktu berilmu lahiriah dan batiniah serta khusyuk lahir batin.
  9. Seseorang yang cukup Solatnya 5 waktu berilmu lahiriah dan batiniah serta khusyuk lahir batin, malahan dapat merasai nikmat kesedapan beribadah.
  10. Seseorang yang cukup Solatnya 5 waktu berilmu lahiriah dan batiniah serta khusyuk lahir batin malahan dapat merasai nikmat kesedapan beribadah. Juga dapat merasakan nikmat kehadiran Allah di hadapan dirinya. Terbuka hijab dimulai dari takbiratul ihram hingga selesai memberi salam.

Dimana kategori anda?

Tuesday, October 26, 2010

Jahui Marah Dekati Sabar

Kisah Teladan,

Bismillahirrahmanirrahim,

Pernah ditanya kepada Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah-lembut itu. Ahnaf menjawab: "Aku belajar daripada Qais bin Asim. Pada suatu hari, ketika dia sedang berehat-rehat, masuklah hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas.

"Belum sempat daging itu diletakkan di hadapan Qais, tanpa sengaja besi pemanggang yang masih panas itu jatuh terkena anak kecil Qais. Maka menangis dan menjerit-jeritlah si anak kecil itu kerana menanggung kesakitan dan kepanasan yang teramat. Hingga dengan izin Allah, anak kecil itu meninggal dunia. Qais, si bapa kepada anak kecil tadi, melihat peristiwa itu dengan tenang.

"Kemudian dia berkata kepada hambanya yang sedang pucat lesu dan kelihatan bersedia menerima hukuman kerana berasa terlalu bersalah. Katanya, 'Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu, bahkan mulai hari ini, aku akan membebaskan kamu.'

"Begitulah betapa sopan santun dan pemaafnya Qais bin Asim," kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.

Ini tidak bermakna Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian yang berlaku itu adalah aturan daripada Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Jika dia reda dengan ujian yang ditimpakan kepadanya bermakna dia reda dengan Allah dan itulah sifat mukmin yang sepatutnya ditonjolkan.

Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan "kalau" atau "barangkali". Hatinya tidak merasai dirinya "tuan" kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah daripada Allah. Apabila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali.

Segalanya milik Allah dan kita hanya pemilik sementara apa yang Allah pinjamkan. Rasullullah SAW bersabda bahawa jika Allah mencintai sesuatu kaum, nescaya Allah akan mengujinya dan jika mereka reda dengan Allah nescaya Allah akan meredainya. (Hadis Hassan Sahih).

Itulah nikmat jiwa yang dekat dengan Tuhannya. 

Semoga bermanfaat.

Petikan: Buku Menangani Sifat Marah (ms 64).

Monday, October 18, 2010

Apa LNG tu?


Kerjaya Ku,




LNG (Liquified Natural Gas) adalah gas asli (Natural gas) yang telah dicairkan dengan menyejukan ke paras suhu -160 darjah celcius (dibawah paras beku). Kenapa perlu dicairkan? Ini kerana dalam keadaan cair isipadunya akan berkurangan sehingga 600 kali (LNG 1/600 Natural Gas) berbanding ia dalam keadaan gas/wap. Ini akan membuat ia lebih praktikal untuk di angkut dengan kapal.

  

Sifat & Ciri-cirinya

Kandungan biasanya hampir 95% adalah Metana (CH4) dengan 5% lagi terdiri Etana (C2H6), Propana (C3H8), Butana (C4H10) & Nitrogen. Tidak berwarna, tidak berbau, tidak beracun, non-carcinogenic (tidak menyebabkan kanser). Keadaan Cecair kepadatan lebih kurang 45% kepadatan Air, keadaan Gas kepadatan lebih kurang 50% dari kepadatan udara, ini menyebabkan ia akan naik keudara atas dalam keadaan atmosfera biasa (lebih ringan dari udara). Ia dapat di simpan dan di angkut dalam tekanan atmosfera biasa.



Persamaan Kimia (Pembakaran).

CH4(g) + 2 O2(g) → CO2(g) + 2 H2O(l) + 891 kJ/mol (pada keadaan standard), (g) dlm keadaan Gas, (l) dlm keadaan cecair.



Dimana ia digunakan?

Dalam industri, Metana/gas asli banyak digunakan dalam penjanaan elektik. Ianya digunakan sebagai bahan bakar untuk gas turbin atau dandang stim (steam boiler) untuk stesen penjana elektrik. Ini kerana jika di bandingkan dengan bahan bakar lain, Metana menghasilkan rendah karbon dioksidanya tetapi menghasil haba/tenaga yang lebih tinggi daripada bahan bakar yang lain. Kebanyakan Bandar-bandar besar juga menggunakan metana dengan menyalurkan melalui paip ke rumah-rumah untuk pemanasan (heater) atau untuk dapur masak. Metana juga digunakan oleh kebanyakan kenderaan pengangkutan awan, kerana ianya lebih mesra alam. Serta banyak lagi terutama dalam industi kimia contonh dalam penghasilan methanol, asid acetic dan lain-lain lagi.



Apa beza LNG & LPG?

Seringkali ada yang keliru antara LNG dengan LPG (Liquidfied Petroleum Gas), atau petroleum gas. Kandungan LPG terdiri daripada 95% Propana (C3H8) dan selebihnya terdiri dari Butana (C4H10). Ia biasanya digunakan untuk aplikasi perumahan (tong gas masak) dan tujuan komersial. LPG disimpan cair dalam tong pada tekanan tinggi dan berbeza dengan LNG yang di simpana dalam keadaan suhu yang sangat rendah dana pada tempat yang memepunyai material yang sangat berbeza/special dan pada standard yang tinggi.

Tahukah anda?
Sebuah Plant LNG/terminal LNG yang terletak di Bintulu, Sarawak adalah antara yang terbesar di dunia. Ditubuhkan pada 1978, dan Petronas adalah pemengang saham utama. Kebanyakan LNG Bintulu, adalah untuk tujuan eksport seperti ke Jepun, Korea Selatan, Taiwan & China. Pada tahun 2005, jumlah eksport adalah sebanyak 21.85 juta tan.




LNG carrier, apa pula tu?

LNG Carrier atau pengangkut LNG adalah pengangkut LNG dalam keadaan pukal (kuantiti yang banyak), dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Biasanya terdiri dari kapal laut yang direka khusus dan perlulah memenuhi standard antarabangsa antaranya SIGTTO (International Gas Tanker and Terminal Operators).

Ini akan di jelas dengan lebih lanjut pada penulisan akan datang, insyallah.


Sekian, semoga bermanfaat.

Rujukan: Pelbagai sumber. 

Friday, October 15, 2010

Kematian: Bersediakah kita?


Ibadah,




Di mana sahaja kamu berada, maut pasti akan mendatangi kamu sekalipun kamu bersembunyi di atas mahligai atau benteng yang kukuh.
 (Surah al-Nisa’: 78)

Katakanlah, Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa  yang telah kamu kerjakan.
 (Surat al-Jumu'a: 8)

Kematian sesuatu yang pasti. Ianya datang menjemput kita apabila tiba masanya tanpa mengira sesorang itu kaya ataupun miskin, tua ataupun muda, mulia ataupun hina, berkuasa ataupun rakyat biasa. Itulah sistem tuhan yang Qadim yang tidak boleh dilawan oleh kehendak dan kepandaian manusia samada yang beriman mahupun tidak beriman. Semuanya akan kembali kepangkuanNya yang Maha Esa yang pergi tidak akan kembali buat selama-lamanya. Bagi insan yang beriman, kematian bukanlah penghujung bagi sesebuah hayat tetapi ia adalah permulaan kehidupan baru iaitu kehidupan akhirat.

Tidak kira sama ada kita cantik atau kaya, badan kita yang kaku akan terbaring di dalam bilik atau di bilik mayat. Dibaluti dengan kain kafan, badan kita akan diletakkan di dalam keranda yang sempit. Kereta jenazah akan membawa badan kita ke tanah perkuburan di mana mayat kita akan ditempatkan di dalam liang lahad. Tanah akan menutupi kita. Badan kita, yang tinggal tulang dan daging akan mula reput dan  menjadi busuk. Akhirnya, tiada apa yang tinggal kecuali tulang-tulang. Jangan sesekali lupa bahawa kita akan menemui hari itu, akhirnya badan kita akan keseorangan di bawah tanah.

Bila maut datang, terpaksalah mereka meninggalkan dunia yang fana ini, tinggallah harta kekayaan mereka, tinggallah segala anak kesayangan mereka dan tinggallah ayah dan ibu, isteri/suami yang dicintai serta kaum keluarga kesemuanya. Tiada apa yang mereka bawa ketika itu, selain amal ibadah selama di dunia. Rugilah mereka yang membawa amalan jahat dan beruntunglah orang-orang yang membawa amal kebajikan bersama, dikala mereka menempuh alam barzakh, ketika telah terbaring seorang diri, berkatil, berbantal, bertirai dan kelambukan tanah semata-mata.

Sabda Nabi:

Apabila mati seorang anak Adam, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah yang berterusan, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya.
 (Riwayat Bukhari)

Firman Allah:

Hingga bila datang maut kepada salah seorang dari mereka, lalu berkata: Tuhanku! Kembalikan aku untuk beramal kebaikan dengan harta yang saya tinggalkan itu. Tidak, tidak mungkin, sebab kalimat itu hanya mereka katakana saja (tidak akan dilaksanakan). Dan di belakang mereka itu, tempat barzakh hingga hari kebangkitannya.

Tanggungjawab yang hidup

Bagi mereka yang dicabut rohnya ataupun telah mati, jasadnya sudah tiada daya dan ikhtiar lagi, yang kalau dibiarkan ianya sudah tentu akan reput dan dimakan ulat begitu sahaja. Oleh itu Islam memberi garis panduan yang lengkap kepada waris simati untuk mengurus simati atau jenazah, bermula dari saat selepas kematian sehinggalah ke peringkat perkebumian. Dengan itu, menjadi tanggungjawab kepada waris si mati mengurus dan menyelenggara jenazah simati sebaik-baiknya kerana si mati akan berada di suatu tempat yang disebut Alam Barzakh untuk di soal oleh Allah tentang amal perbuatannya semasa hidup.

Adapun soal-soal yang bersangkutan dengan jenazah itu ada empat, iaitu dimandikan, dikafankan, disolatkan dan dikuburkan. Keempat-empat perkara ini adalah ‘Fardhu Kifayah’ hukumnya bagi umat Islam, apabila yang mati itu orang yang beragama islam. Bila pekerjaan itu ditinggalkan berdosalah semua orang islam di negeri itu tetapi bila ada di antara mereka yang mengerjakannya, maka sekalian umat islam di negeri itu terlepas dari dosa.

Video demonstrasi pengurusan jenazah semasa penulis mengadiri kursus yang dianjurkan oleh Jheains Tawau: (Sila klik ke link berikut)

Pengurusan Jenazah clip 1 of 4, 
Pengurusan Jenazah clip 2 of 4,
Pengurusan Jenazah clip 3 of 4, 
Pengurusan Jenazah clip 4 of 4, 

Serba ringkas berkaitan tentang menguburkan jenazah:

1)      Sunat menggali kubur sedalam atau setinggi ukuran berdiri dan lebihkan sehasta.

2)      Menggali kubur secara liang lahad adalah lebih afdal.

3)      Orang yang ‘aula” (utama) menanam iala orang yang lebih “aula” menyembahyangkannya.

4)      Afdal orang yang mengebumikan jenazah itu secara ganjil, seperti satu, tiga atau lima orang yang membantu.

5)      Sunnat menutup dengan kain semasa mengebumikan jenazah.

6)      Wajib meletakan jenazah itu hsl keadaannya menghadap ke kiblat.

7)      Sunat ditaruh bantal (batu, tanah atau sebagainya) untuk pembaringan jenazah itu dan dibukakan kain di sebelah pipinya dan sendalkan di belakangnya supaya ia tidak kembali menelentang.

8)      Makruh menanam jenazah dengan kerandanya sekali.

9)      Sunat tutup jenazah itu dengan sebarang penutup supaya apabila ditimbus jenazah itu tidak ditimpa oleh tanah.

10)   Sunat meniggikan sedikit kubur itu sekadar sejengkal dan jangan lebih daripada itu kerana yang demikian itu adalah ditegah oleh syarak.

11)   Hendaklah tidak mengambil tanah yang lain selain tanah yang dikeluarkan dari kubur itu.

12)   Sunat meletakkan anak batu dan menyiram air di atas kubur. Makruh menggunakan air mawar atau benda wangi kerana yang demikian adalah pembaziran.

13)   Sunat meletakkan batu tanda di kepala dan kaki, tetapi tidak dengan cara berlebih-lebihan atau membazir.

14)   Makruh menulis nama-nama si mati pada tanda batu atau batu nisan itu.

15)   Membuat binaan yang kekal di atas kubur adalah haram, tetapi makruh membinanya dengan kapur atau tanah kerana ia hanya merupakan sementara sahaja.

16)   Makruh mengatapkan kubur itu, tetapi haram sekiranya tanah itu tanah wakaf.

Pengurusan jenazah: Antara Adat dan Syariat
(Ini merupakan petikan dari pembentangan kertas kerja semasa penulis menghadiri kursus pengurusan jenazah yang di anjurkan oleh Jheains Tawau)

Dan janganlah kamu mengatakan (dan menetapkan) sesuatu yang kamu tidak tahu. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati akan dipertanggungjawabkan. 
(Surah Al-Israh: 36)

Huraian,

Agama islam adalah agama yang sangat lengkap, peraturan dan tatacaranya sempurna malah dicontohkan sendiri oleh Rasullulah SAW dan para sahabatnya serta dihuraikan melalui tulisan para ulama di dalam kitab mereka.

Namun, ada kalanya kita terjumpa segelintir umat islam yang tidak memahaminya, lalu beramal menurut akal semata atau mereka-reka sesuatu dan mencampur adukan dengan peraturan agama yang benar. Sebahagiannya pula mngambil dari agama yang lain dan bercampur pula dengan perkara khurafat yang bertentangan dengan islam.

Demikianlah juga berkenaan urusan penyelengagaraan jenazah. Sebenarnya, ia telah lengkap dan tidak perlu ditokok tambah lagi. Islam telah pun mengaturnya sejak dari menghadapi kematian sehinggalah selesai pengkembumiannya.

Beberapa adat dalam pengurusan jenazah: (tulisan condong & tebal adalah apa yang dianjurkan islam)

1)      Meletakkan cermin di atas perut jenazak kononya menghalang makhluk halus dari mengganggu jenazah. Anjuran Islam ialah meletakkan sesuatu yang agak berat di atas perut jenazah supaya menghalangnya daripada masuk angin dan benda tidak semestinya cermin.

2)      Orang yang memandikan jenazah mesti mengetahui nama-nama tertentu untuk memandikan jenazah seperti nama air, gayung dan lain-lain. Islam tidak meletakkan syarat begitu kerana ianya boleh menimbulkan pembohongan kerana menyebut yang bukan sebenar.

3)      Adanya doa atau bacaan tertentu yang kononnya untuk meminta izin kepada jenazah supaya boleh dimandikan. Tugas memandikan adalah kewajiban orang yang hidup dan kita tidak tahu lagi berkenaan persetujuan si mati.

4)      Menambah-nambah bahan yang digunakan untuk memandikan jenazah seperti santan kelapa, daun limau purut, garam, asam dan sebagainya. Ketetapan agama hanyalah air bersih, air bercampur daun bidara dan air bercampur sedikit kapur barus.

5)      Menyorok di bawah keranda jenazah yang akan dibawa ke kuburan supaya kita tidak teringat dengan jenazah itu. Mengingati dan mendoakan jenazah amat dituntut. Bahkan sunat bagi orang yang merasa dirinya akan mati supaya berwasiat kiranya ia tidak dilupakan nanti.

6)      Menyertakan tulisan-tulisan seperti kalimah tauhid ke dalam keranda ketika mengkebumikan jenazah. Ini bertentangan dengan syariat kerana ayat-ayat mulia terkena najis ketika mayat telah rosak di dalam kubur.

7)      berjaga malam di rumah keluarga jenazah dan melakukan perkara yang dilarang oleh agama seperti berjudi. Kita boleh berhimpun di rumah keluarga jenazah dengan tujuan memberi takziah atau membacakan doa.

8)      Menyediakan tilam bantal dan lain-lain khusus kepada orang yang mentalkinkan mayat.

9)      Menaburkan wang syiling di atas kubur setelah jenazah dikebumikan.



Nota: kertas kerja ini telah di sediakan oleh Ust Hj Muchlish Ali Kasim, Dan dikeluarkan oleh Syukbah Dakwah dan pendidikan, Masjid negeri Sabah.

Hakikat agama ini adalah terbahagi kepada dua perkara pokok iaitu;
 a. Tidak mengabdikan diri melainkan Allah,
 b. Mengabdikan diri mengikut apa yang telah disyariatkan

Sekiranya berlaku penambahan dan pengurangan di dalam permasalahan ibadah, maka setiap perlakuan tersebut dikira sesat kerana Allah sahaja yang layak mengubal atau memutuskan syariat yang telah diturunkan. Ibn Taimiyyah pernah menyebut bahawa “tindakan seseorang hamba samada dari segi perkataan atau perbuatannya adalah berkaitan dengan Ibadat yang ada hubungkait dengan agama (al-Din) dan adat yang diperlukan untuk kepentingan hidup mereka. Setiap perkara yang berkaitan dengan persoalan ibadat samada yang difardukan atau yang digalakkan oleh Allah, tidak diwahyukan melainkan melalui utusan rasulNya tanpa ada penambahan dan pengurangan” Imam Ahmad juga menyebut bahawa “Asal sesuatu Ibadah itu adalah berbentuk ‘Tauqif’(terhenti). Tidak boleh melakukan sesuatu ibadah itu, melainkan mengikut setiap perkara yang disyariatkan oleh Allah. Jika perkara tersebut dilakukan tanpa mengikut syariat Allah seseorang itu akan termasuk di dalam golongan yang disifatkan oleh Allah dalam firmannya yang bermaksud;

“Apakah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang mengadakan syariat untuk mereka daripada gama yang tidak diizinkan oleh Allah”.
 (Surah As-Syura : 21)

"Sesungguhnya mereka hanya mengikut hawa nafsu mereka dan tidak ada yang lebih sesat daripada orang yang menurut hawa nafsu tanpa berdasarkan hidayah pertunjuk daripada Allah"
 (Surah al-Qasas : 50)

Sekian,

 Kursus Sehari Pengurusan Jenazah
Anjuran bersama,
AJK Masjid Baiturrahman Tawau &
Unit Dakwah JHEAINS Tawau
10 Oktober 2010 / 2 Zulkaedah 1431H 
 


AMARAN BUAT PEMBACA YANG DIHORMATI DAN DI RAHMATI SELALU

Segala bahan bacaan dan rujukan didalam blog ini adalah semata bacaan, dan apabila timbul kesangsian dan ketidakfahaman dalam membaca isinya, sila rujuk dikalangan ahlinya atau pun mursyid yang diiktiraf. Janganlah memahami sesuatu perkara dalam ilmu dengan memahami dengan akal fikiran sendiri, jika begitu anda tidak akan sampai kepada pemahamannya. Apabila tidak faham, mulalah ia menjadi fitnah yang berat.

Segala bahan bacaan disini adalah untuk umum dan HAK CIPTA ITU MILIK ALLAH SEMUANYA. Anda boleh ambil sebagai bahan rujukan ataupun bahan posting di blog-blog atau website anda TANPA PERLU MEMBERI SEBARANG KREDIT KEPADA BLOG INI.

Sekiranya ada salah dan silap haraplah perbetulkan kerana penulis juga insan biasa yang tidak lari dari kesilapan. Semoga bermanfaat.

Jazakallah .....

Rujukan:
 1)   Panduan Fardu Ain, Ustaz Dato’ Hj Ismail Kamus.
 2)  Laporan penyelidikan AMALAN BID’AH DALAM PENGURUSAN DAN PENYELENGGARAAN JENAZAH (2003), oleh Penyelidik dari sekolah Pembangunan Sosial UUM.
 3) Kertas kerja Pengurusan Jenazah , Diantara Adat Dan Syariat, Ustaz Hj Muchlish Ali Kasim.

Friday, October 8, 2010

Nuclear power for LNG carriers?

Kerjaya Ku,



Babcock International Group's Marine Division has completed a study to investigate the commercial implications of developing a nuclear-powered LNG carrier. Among its findings, the study has identified that recently updated legislation and available classification society rules allow for a fresh approach to the design of nuclear powered vessels. 

A number of factors have led to a recent renewal of interest in nuclear power for commercial ships. These include concerns over CO2 emissions and the rising price of fossil fuels. Meantime, development of nuclear propulsion has been ongoing over the years (largely centered on icebreakers) with recent papers concluding that nuclear propulsion for high speed containerships is technically feasible. And, of course, there are quite a number of nuclear powered naval vessels. 

According to Lloyd's Register, some 600 or so nuclear reactors are operating in the world today, of which approximately one third are serving at sea. 

Babcock's high level study was undertaken to determine the commercial feasibility of utilizing nuclear power for the main propulsion and auxiliary power generation on board an LNG carrier. The company believes that a number of benefits could be realized. Low emissions are among them: the nuclear plant would eliminate CO2, NOx and SOx emissions. Additionally, the vessel's large power generation requirements would be supplied by a relatively compact power source, yielding a space savings that would maximize cargo capacity. Other benefits would include a significant reduction in noise generation. 

Babcock's investigation and report covered aspects of nuclear vessels ranging from engineering and design issues, recent technical developments, and statutory regulations, to operational aspects, through-life maintenance, training requirements, and vessel disposal. 

The Integrated Technology unit of Babcock's Marine division has many years' experience in complex vessel concept work and on LNG projects. Further, Babcock's Marine division is the sole UK in-service support contractor for the Royal Navy's nuclear submarines, undertaking refits and upgrades, supporting operational submarines, and providing engineering design and technical support services. Babcock specialists in ship design, nuclear plant systems installation, maintenance, and decommissioning were involved in undertaking the feasibility study. 

Babcock's Integrated Technology commercial projects director David Dobson said that the study indicates that particular routes and cargoes lend themselves well to the nuclear propulsion option, and that technological advances in reactor design and manufacture have made the option more appealing. It has also confirmed significant benefits in terms of environmental impact and sustainability. Further, in reviewing the latest updated legislation, it is evident that newly issued design codes from Lloyds Register allow the design of nuclear powered vessels to be re-visited. On the other hand, initial capital costs are high (although they will reduce significantly when more applications for commercially produced marine reactors are found) and commercially available building and maintenance facilities would need to be established if significant numbers of these ships were to be planned. 

"Nuclear power for commercial vessels is becoming significantly more attractive on a number of counts, not least from an environmental perspective, but there are a great many issues to weigh and consider in determining the feasibility of nuclear propulsion for any commercial vessel," Mr. Dobson says. "Our knowledge and experience puts us in a particularly strong position to identify and advise operators on these issues. We have worked with several of the major operators in the marine and oil and gas sectors on a number of ground-breaking developments in FPSOs and LNG vessels over the years, and are delighted to be again investigating new ground."

Sumber: http://www.marinelog.com/DOCS/NEWSMMIX/2010sep00300.html

Additional Info: 

Nitty-gritty Nuclear 
Within the nuclear reactor, a neutron is used to split an atom of uranium, producing energy in the form of gamma radiation and heat. A coil filled with circulating water is superheated as it's routed past the reactor. This water is under extremely high pressure, which prevents it from boiling. Inside self-contained piping, the water is directed through a secondary source of water, where it's heated again. Here, the water is converted to steam and is piped toward the turbine that generates power for the submarine. The steam is condensed again in special cooling tubes, and the resulting water flows back into the steam generator. Inside the generator, it's reheated and the process repeats. 

Sumber:http://science.howstuffworks.com/nuclear-submarine.htm 

Wednesday, October 6, 2010

Destinasi kehidupan.

Dari Lensa Kameraku,




Pasti dahulunya kapal-kapal ini pernah belayar gagah di samudera luas membelah badai dan gelora. Pasti juga dahulunya ia pernah memunggah hasil-hasil laut yg menjadi rezeki kepada krew, tuannya dan manusia lainnya.

Kenapa kini ia hanya terdampar di sini?, adakah kuderatnya tidak lagi sekuat dahulu? Atau, mungking kerana usianya atau fizikalnya yang sudah tua? Atau, ada sudah pengantinya yang lebih gagah binaanya dan pasti lebih hebat menempuh arus dan gelombang samudera yang lebih mencabar itu? Atau, kerana ia sudah tidak lagi di perlukan oleh tuannya?.

Semua itu cuma andaian saja, –pandai-pandai ja ko ni- tetapi yang pasti hanya yang Maha Esa dan Maha Mengetahui tahu tentangnya.

Mungkin beginikah juga perjalanan penghidupan di dunia Allah ini, kitaran pengidupan semua makluk yang hidup pasti akan ada penghujungnya.

Ingatlah semua benda di atas muka bumi ini diciptakan dengan satu tujuan. Ia adalah satu fakta yang sangat pasti bahawa semua benda yang kita lihat di sekeliling kita adalah untuk tujuan yang khusus. Manusia juga diciptakan untuk satu tujuaan.


Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan gurau senda dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui.
(Surah al-'Ankabut: 64)

Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.
(Surah al-Mulk: 2)

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (Akhirat) dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
(Surah al-Hashr: 18)

Dan mereka berkata, "Kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan di dunia saja, kita mati dan kita hidup dan tidak ada yang membinasakan kita selain masa,: dan mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang itu, mereka tidak lain hanyalah menduga-duga saja.
(Surah al-Jathiyya: 24)

Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharapkan (tidak percaya akan) pertemuan dengan Kami, dan merasa puas dengan kehidupan dunia serta merasa tenteram dengan kehidupan itu dan orang-orang yang melalaikan ayat-ayat kami. Mereka itu tempatnya ialah neraka, disebabkan apa yang selalu mereka kerjakan.
(Surah Yunus: 7-8)

Barangsiapa yang mengkehendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambah keuntungan itu baginya dan barangsiapa yang yang mengkehendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebahagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagianpun di akhirat.
(Surah ash-Shura: 20)


Ini adalah antara ayat- ayat peringatan Allah, supaya jangan sampai kita lupa bahawa dunia ini hanya tempat sementara dan suatu ujian. Jangan sesekali mengabaikan peringatan ini dan ingatlah kita perlu mecari keredhaan Allah untuk melayakkan diri mendapat kebahagiaan yang kekal abadi. Allah telah menerangkan di dalam al-Qur'an bahawa barang sesiapa yang terikat dengan kehidupan yang singkat ini akan kehilangan kehidupan yang abadi di akhirat kelak.


Dan selanjutnya,


Katakanlah, Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.
(Surat al-Jumu'a: 8)


Dan datanglah sakaratul maut dengan sebenar-benarnya. Itulah yang kamu selalu lari darinya.
(Surah Qaf: 19)

Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
(Surah al-Munafiqun: 11)

Dan mereka berteriak di dalam neraka itu, “Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami niscaya kami akan mengerjakan amal yang saleh berlainan dengan yang telah kami kerjakan,” Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan? Maka rasakanlah (azab Kami) dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim seorang penolongan.
(Surah Fatir: 37)

Dan belanjakanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata: “Ya Tuhanku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang saleh?” Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
(Surah al-Munafiqun: 10-11)


Dan ayat-ayat ini pula peringatan daripada Allah, supaya kita tidak lupa bahawa maut pasti akan datang pada bila-bila masa sahaja. Jadi, jangan sesekali lupa untuk bekerja untuk kehidupan kita di akhirat, sebelum ajal menemui kita dimana pada masa itu kita sudah tiada peluang untuk melakukan amalan baik.

Sekian.

AMARAN BUAT PEMBACA YANG DIHORMATI DAN DI RAHMATI SELALU

Segala bahan bacaan dan rujukan didalam blog ini adalah semata bacaan, dan apabila timbul kesangsian dan ketidakfahaman dalam membaca isinya, sila rujuk dikalangan ahlinya atau pun mursyid yang diiktiraf. Janganlah memahami sesuatu perkara dalam ilmu dengan memahami dengan akal fikiran sendiri, jika begitu anda tidak akan sampai kepada pemahamannya. Apabila tidak faham, mulalah ia menjadi fitnah yang berat.

Segala bahan bacaan disini adalah untuk umum dan HAK CIPTA ITU MILIK ALLAH SEMUANYA. Anda boleh ambil sebagai bahan rujukan ataupun bahan posting di blog-blog atau website anda TANPA PERLU MEMBERI SEBARANG KREDIT KEPADA BLOG INI.

Sekiranya ada salah dan silap haraplah perbetulkan kerana penulis juga insan biasa yang tidak lari dari kesilapan.

Jazakallah .....

Rujukan: Jangan Sekalipun Lupa , Harun Yahya.